Makan merupakan salah satu hak tubuh badan yang perlu kita penuhi. Tanpa makan kita akan lapar dan tidak bertenaga untuk menjalankan segala aktiviti seharian. Oleh itu adalah penting untuk makan agar kita bertenaga seharian.
Allah S.W.T berfirman:
Wahai orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepadanya. (Surah Al-Baqarah, ayat 172)
Sabda Rasulullah:
“Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”. (H.R. Muslim)
Oleh itu kita haruslah makan untuk mendapatkan kebaikan pada diri kita, dan yang paling penting makanlah yang baik, bersih dan halal disisi agama islam agar kita senang beroleh rahmat dan terhindar daripada kemudaratan pada tubuh kita. Ini adalah kerana Islam amat menekankan untuk kita supaya memilih makanan yang halal, suci dan bersih.
Allah S.W.T berfirman:
Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang. (surah al-Nahl ayat 114-115)
Makan juga boleh mempengaruhi hati kita. hati kita akan mati sekiranya makan makanan yang haram dan mudah untuk terjerumus ke kemaksiatan. hati kita akan keras sekiranya terbiasa untuk makan banyak. kita jadi degil, malas dan sebagainya. Syeikh Ali Asy-Syazili berkata : “Barang siapa makan barang yang halal, maka hatinya menjadi lunak, tipis dan bersinar. Dan barang siapa makan dari barang yang tidak halal, maka tergeraklah semua anggota badannya untuk melakukan maksiat. Sehingga Allah masih lagi memberi anugerah kepadanya dengan tidur supaya dapat berehat dari semua kemaksiatan. sebagaimana Allah telah memberikan anugerah kepada orang yang taat dengan makanan yang halal agar supaya dia dapat bangun malam dan siang untuk menghadap kepadaNya”.
Lihat betapa pentingnya makan dalam kehidupan kita seharian. Rasulullah pernah menyebut bahawa punca penyakit bermula daripada perut. Zaman teknologi masa kini yang moden terdapat pelbagai jenis makanan tercipta untuk menembusi pasaran. Kadang kala terdapat juga penjual yang mengambil kesempatan mengenai tanda halal makanan yang hendak dijual. Ini memberi masalah kepada kita sebagai umat islam untuk mengetahui halal dan haram makanan tersebut. Oleh itu berhati-hatilah dalam pemilihan makanan yang baik.
Pada zaman yang moden ini kita telah banyak diberitakan mengenai produk-produk kesihatan yang dapat menjanjikan kesihatan kita semakin baik. Belanjanya? ada juga memerlukan biaya yang besar sehingga kita tidak mampu untuk memperolehinya dan terpaksalah kita pasrah untuk menerima apa adanya pada diri kita. Namun, sebenarnya ada cara yang mudah untuk memiliki makanan yang paling menyihatkan dan mudah. Adalah cara makan yang terbaik sepanjang zaman ialah cara makan Rasulullah S.A.W. Baginda sangat berdiliplin mengenai makan. Daripada pemilihan makanan sampai lah posisi tubuh yang sesuai dalam makan. Berikut adalah tips-tips makanan Rasulullah dari pagi hingga ke malam.
BANGUN DI SUBUH HARI
- Bangun pagi adalah baik untuk minda kita. Perasaan menjadi segar bugar dan tenang malah bangun di subuh hari dapat mencegah strok dan tekanan darah tinggi kerana pada waktu ini penyempitan pembuluh darah akan berlaku. Diluar rumah, tarik lah nafas sedalam-dalamnya, InsyaAllah kita akan tenang dan puas menghirup udara segar di pagi hari. Menurut pakar udara, pada waktu subuh. oksigen masih bersih dan belum dicemari dengan pelbagai unsur udara lain, malah ianya baik untuk metabolisme tubuh badan.
- Waktu ini lah Rasulullah S.A.W bersiwak (gosok gigi @bersugi). Gigi yang bersih baik untuk melancarkan proses penghadaman agar mudah diserap tubuh.
PEMBUKA SARAPAN
- Di awal pagi Rasulullah S.A.W bersarapan pagi dengan air putih dan sesudu madu. Dua unsur ini sangatlah besar khasiatnya. Madu mahsyur sebagai penyembuh dan air putih kaya mineral untuk keperluan tubuh badan dan juga digunakan sebagaipencuci hati.
- Madu juga digunakan untuk membersihkan usus dan mencegah keradangan.
- Setelah itu Rasulllah S.A.W memakan 7 biji kurma. Pernah diriwayatkan bahawa Kurma ini telah menyelamatkan Rasulullah daripada wanita Yahudi yang cuba meracuninya ketika perang Khaibar.
- Kurma berguna sebagai penangkal racun dan pengenyang yang kaya dengan gula dan karbohidrat.
SIANG HARI
- Waktu siang menjelang petang Rasulullah S.A.W biasa dengan menu cuka, minyak zaitun dan roti.
- kelebihan makanan ini adalah untuk menguatkan tulang, mengelakkan cepat tuadan menghancurkan kolestrol dalam badan.
- pada waktu dingin, makanan ini berguna untuk megawal suhu badan kita.
MALAM
- Rasulullah suka mengambil Sayuran di malam hari. beberapa riwayat mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W selalu mengambil sana al makki dan sanut iaitu sejenis sayuran. nama-nama ini adalah sejenis sayuran yang juga banyak kita temui di sini. Bentuk masakan yang terdapat berbagai jenis. Boleh ikut selera. Sup sayur dan lain-lain.
- Scr umum, sayuran mengandungi zat dan fungsi yang sama iaitu menguatkan daya tahan tubuh dan melindungi serangan penyakit.
- Rasulullah kebiasaanya tidak langsung tidur setelah habis makan malam. Adalah lebih baik melakukan aktiviti supaya makanan dapat mudah dicerna.
- Caranya boleh dengan bersolat.
Rasulullah bersabda:
“Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah S.W.T dan solat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras” (H.R. Abu Nu’aim dari Aisyah R.A).
Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah juga memberi tips agar tidak langsung tidur setelah makan. Dia menyarankan berjalan paling kurang 40 langkah agar makanan dapat beredar dalam tubuh.
Selain itu terdapat juga makanan kesukaan Rasulullah S.A.W. yang tidak rutin iaitu Tsarid,iaitu campuran roti dengan daging, labu air untuk mencegah penyakit kencing manis,anggur dan juga susu.
Rasulullah juga sering melakukan aktiviti senaman. Kadang-kala baginda bermain dengan anak-anak dan cucunya. Pernah juga Rasulullah berlumba lari dengan isterinya yang tercinta Aisyah R.A.
Rasulullah bersabda:
Daripada salamah bin Ubidillah bin Mishan Al-Katmi, dari ayahnya, ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa memasuki waktu pagi dengan perasaan tenang, badannya sihat, makanannya untuk hari itu tersedia, seakan-akan ia telah memiliki dunia.” (H.R. Termizi)
Jadi, inilah sedikit info mengenai cara makan Rasulullah S.A.W yang harus kita contohi dan ikuti untuk kepentingan kita bersama. Sesungguhnya kita akan mendapat keberkatana sekiranya kita suka mengikuti ajaran Sunnah nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah ini.
0 comments